Friday, April 3, 2009

Seloka 3 tawakkal..^__^

Salam diberi pembuka bicara,
Buat tatapan pembaca semua,
Hari-hari ada cerita,
Ini seloka 3 tawakkal punya.

Kelas wanted bukan nak kata,
Tapi semua benar belaka,
Mlm,mlmh tak ada kami bersuka ria,
Pasal bising ternyata juara.

Mlmh asyikin guru kelas kami,
Bahkan menjadi guru kh kami,
Beri nasihat tak henti-henti,
Tapi kami langsung tak ambil peduli.

Orangnye tinggi segak bergaya,
Monitor kelas itulah jawatanya,
Nak kata hitam putih pon ada,
Zubair basit namanya sekacak rupanya.

Ummi amira nama diberi,
Pembantu ketua kelas setia sekali,
Orangnye peramah menyenangkan hati,
Kalau nak gelak ajak lah dia sekali.

Di dalam kelas perasan orangnya,
Ponteng sekolah itulah hobinya,
Digelar meon oleh kami semua,
Inilah amirul empunya cerita.

Orangnya kecoh sekali,
Gelaran kecik nama diberi,
Membuat kecoh adalah hobi,
Itulah izrin empunya diri.

Asma tinggi orangnya,
Bersopan santun setiasa berwaspada,
Liyana pula rakan sebaya,
Bila ketawa tak ingat dunia.

Orangnye kecik manis sekali,
Berwajah ceria setiap masa,
Peminat ramai tak terkata,
Itulah zubair amer empunya cerita.

Adlyna orangnye kecoh sahaja,
Mula menggelabah bila ditanya,
Sarah pula comel orangnye,
Bersopan santun berbudi bahasa.

Orangnye agak sederhana,
Nak kata tembam boleh la juga,
Suaranya macam ibu singa,
Itulah Adibah Azizan empunya diri.

Gaya selamber tersenyum sentiasa,
Di dalam kelas bising sahaja,
Kalau nak gebang ikut moodnya,
Itulah syazwan empunya cerita.

Ketua ibadah jawatan diberi,
Gelaran ustaz kami berikan,
Pakai spek macam YB,
Itulah fawzan nama diberi.

Adilah Husna nama diberi.
Naik kuda pagi-pagi ,
Kata "Woi Duit Kelas Bila Nak Bagi",
Itulah dia bendahari kelas kami.

Jejaka pendiam di kelas kami,
Itulah aziz empunya diri,
Jawatan pengawas telah diberi,
Kalau belajar khusuk sekali.

Didepan sekali menghadap papan putih,
Tempat iqbal hassan menimba ilmu,
Mlmh mengajar dia selalu faham,
Time periksa dia termanggu.

Seorang gadis yang kecoh sekali,
Orangnya juga pandai menyanyi,
Kalau menyanyi serah kat dia,
Tak lain tak bukan itulah anisa.

Nurul Aqilah nama diberi,
Orangnya kecoh dan pandai la juga,
Suka besaing tak henti-henti,
Katanya nanti nak kawen dengan orang yang kaya.

Farihah dan adibah taha kami perkenalkan,
Orangnye cute boleh la tahan,
Kalau ada sapa berkenan,
Mai kami tolong rekemenkan.

Haffis jamaludin orangnye ranggi,
Nak kata ensem tak la juga,
Main bola sepak wakil sekolah kami,
Tapi balik dengan..hi hi hi.

Nama sebenar ialah faizul,
Setiap hari sentiasa tampan,
Orangnya pulak duduk di depan,
Inilah dia jejaka perasan.

Orangnye kecoh sahaja,
Mula menggelabah bila ditanya,
Kalau tersenyum terpegun semua,
Itulah huda fawwaz nama diberi.

Didalam kelas belakang tempatnya,
Di dalam kelas senyap sekali,
Suruh baca tak dengar bunyi,
Itulah saidatul nama diberi.

Dua sahabat sehati sejiwa,
Pergi kemana sentiasa bersama,
Barang yang dimiliki hampir sama,
Itulah hasanah dan fatimah.

Putih coklat warna kulitnya,
Orangnye sentiasa gembira,
Bab menanya serah kat dia,
Itulah fida' sahabat kita.

Orangnye tinggi berkaca mata,
Datang ke sekolah menaiki kereta,
Kalau pasal politik serah kat dia,
Itulah ain sofiyyah empunya cerita.

Kecik-kecik cili api,
khairunnisa teman sejati kami,
Bentang di depan terketaq gigi,
Kalau nak tau tengok sendiri.

Orangnye biasa relax sekali,
xpenah kisah apa terjadi,
di dalam kelas senyap sekali,
itulah zuhdi dan zahir empunya diri.


Dont ' be angry member semua,
Hanya sekadar nak suka-suka,
Kalau nak marah nak buat macam mana,
Ampun dan maaf jua ku pinta.

HASIL NUKILAN
(Naura)
Dilarang menciplak
tanpa kebenaran.

No comments:

Post a Comment